Bagi anda yang ingin mencuba membuka perniagaan, berikut adalah 9 langkah yang boleh memandu anda menyusun perniagaan agar ianya dapat berjalan lancar dan berjaya:
1. Lakukan apa yang anda sukai. Anda akan menghabiskan banyak waktu dan tenaga untuk memulakan sebuah perniagaan dan mengembangkannya menjadi perniagaan yang berjaya. Ianya penting supaya anda menikmati apa yang anda kerjakan, apakah perniagaan tersebut ialah perniagaan sewa tempat pancing, merekabentuk tembikar atau perundingan kewangan.
2. Mulakan perniagaan anda ketika anda masih bekerja. Berapa tempoh masa paling lama seseorang itu mampu bertahan dengan tanpa wang? Tidak lama. Tempoh ini adalah tempoh masa yang lama sebenarnya anda telah memulakan perniagaan tetapi tanpa ada wang pusingan modal. Adalah lebih baik sekiranya anda berhasrat untuk memulakan perniagaan ketika anda masih bekerja makan gaji. Mulakan perniagaan anda semasa anda masih bekerja bererti anda masih mempunyai wang saku walaupun ketika menjalankan fasa pertama memulakan perniagaan.
3. Jangan mulakan perniagaan anda sendirian. Anda perlukan orang lain untuk membantu anda memulakan perniagaan pada fasa pertamanya. Cuba ceritakan hasrat anda kepada ahli keluarga atau rakan rapat untuk membantu anda mendapatkan kakitangan yang boleh membantu anda. Atau mungkin ahli kelaurga ada boleh mambantu anda.
4. Pertama sekali, dapatkan pelanggan anda. Sebelum memulakan perniagaan, dapatkan pelanggan terlebih dahulu. Setelah anda mendapat tempahan, kemudian, barulah anda memulakan perniagaan secara rasmi. Untuk dapatkan pelanggan, lakukan strategi pemasaran yang berkesan. Sekiranya anda memulakan perniagaan tanpa mendapatkan pelanggan, ianya mengambil proses yang lama untuk mendapatkan pelanggan.
5. Catatkan rancangan perniagaan anda. Rancangan perniagaan adalah perkara pertama yang perlu anda sediakan. Rancangan perniagaan akan memandu perniagaan anda supaya tidak terbuang masa dan wang.
6. Lakukan kajian. Anda akan membuat banyak penelitian ketika membuat rancangan perniagaan. Sertailah persatuan-persatuan perniagaan yang sama dengan perniagaan yang anda sedang jalankan. Berkongsi pandangan dan menerima nasihat daripada peniaga yang lebih berpengalaman.
7. Dapatkan bantuan profesional. Anda membuka perniagaan kecil, bukan bermakna anda harus tahu semua perkara di dalam perniagaan. Dapatkan nasihat atau ambil bekerja seorang atau dua akauntan supaya dia boleh membantu memberikan nasihat kewangan dan pengurusan kepada perniagaan anda. Sekiranya anda memerlukan menulis sebuah kontrak, anda tiada pengalaman atau pengetahuan mengenainya. Oleh itu, upahlah seorang penguam untuk menulis kontrak untuk membantu anda. Anda akan membuang masa dan wang sekiranya anda lakukan perkara-perkara itu sendiri walhal anda tidak memiliki kelayakkan untuk mengerjakannya.
8. Dapatkan wang. Gambarkan rancangan perniagaan yang jauh ke hadapan. Perniagaan tidak akan berkembang sekiranya anda hanya membayar kos dan menerima hasil jualan. Untuk mengembangkan perniagaan anda, anda harus membuat pinjaman kewangan atau membuat pelaburan supaya aset perniagaan anda bertambah dan anda mampu melebarkan perniagaan anda di masa hadapan.
9. Menjadi profesional sejak anda memulakan perniagaan.Orangg yang terlibat dengan dunia perniagaan sering kali diklasifikasikan sebagai seorang yang profesional. Oleh yang demikian, untuk mencapai jaringan perniagaan yang lebih lebar dan ramai, anda harus mempunyai kad perniagaan supaya mudah anda memperkenalkan perniagaan anda kepada orang lain. Ianya adalah cara yang profesional dan sopan.